
SEJARAH PSS SJKC AIK KEOW PENAGA
Tempat membaca untuk semua
PSS SJKC AIK KEOW PENAGA, mula beroperasi pada tahun 1984. Pada permulaan penubuhannya, jumlah buku PSS sekitar 500 naskah sahaja. Kini bilangannya telah mencecah jumlah 3126 naskhah yang meliputi pelbagai disiplin ilmu. Proses pinjaman dan pemulangan buku dikendalikan secara manual. Penambahan koleksi buku akan terus diperhebat bagi memastikan warga sekolah ini menjadi masyarakat yang berinformasi.
Pada peringkat awal penubuhan PSS, bilik-bilik khas terhad kepada satu buah sahaja, iaitu Bilik Perpustakaan. Kemudian Bilik Perpustakaan juga digunakan sebagai Bilik Pemulihan dan Agama. Bilik-bilik ini sentiasa dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti yang bersifat santai tanpa meminggirkan aspek pengajaran dan pembelajaran. Jelasnya, bilik-bilik ini semata-mata bercorak kosmetik atau umpama projek gajah putih, malah akan terus diperkasa dengan pelbagai program bagi melonjakkan warganya sebagai masyarakat yang cemerlang.
Selari dengan perkembangan semasa, mulai Mei 2012, PSS AKP telah dilengkapi dengan kemudahan Wifi bagi memastikan warga sekolah ini celik ICT dan mampu bergerak seiring dengan suasana ledakan maklumat yang mendominasi kehidupan mutakhir ini. Hal ini penting bagi memastikan warga sekolah ini tidak ketinggalan dalam kepomong geografi tanah rancangan yang melingkari kehidupan mereka selama ini. Dengan adanya kemudahan ini, mereka terus memperoleh maklumat yang terkini daripada jaringan maklumat sejagat walaupun lokasi penempatan mereka jauh dari kawasan bandar.
Pada tahun 2015, PSS AKP telah menerima dermaan satu bilik baharu daripada masyarakat. Bilik baharu tersebut dijadikan Bilik Perpustakaan SJKC Aik Keow Penaga. Kini, murid-murid mempunyai tempat yang lebih selera dan kondusif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bacaan.
Pada tahun 2022, Bilik Perpustakaan telah dijadikan sebaga Kelas Tahun 5 disebabkan kekurangan bilik darjah yang besar yang dapat melengkapi SOP Covid-19. Sebahagian besar buku-buku telah dipindahkan ke bilik isolasi lelaki. Perubahan ini adalah sementera sehingga diberitahu oleh pihak sekolah.
Ahli Jawatankuasa PSS 2023/24
2023/24图书管理员
-
六年级 :Dhieya Qistieyna 迪亚
-
六年级: Muhd Iskandar 伊斯干达
-
五年级 : Aqil Amsyar 莫安扎
-
五年级: Cassandra Soffiya 苏菲亚
-
四年级: Ziqril Al Wafiq 吉克立
-
四年级: Nik Hafizul Waqit 尼克